Thursday, March 29, 2012

Sebelum Tidur Membaca Doa :


 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

‎7 Kalimat : Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat :)


 Sabda Rasulullah S.A.W :

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
...
1. Mengucapkan Bismillah semasa hendak melakukan sesuatu atau apa-apa pekerjaan.

2. Mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu/pekerjaan.

3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terlanjur kata atau melihat perbuatan maksiat.

4. Mengucapkan Insya Allah jika ingin berbuat sesuatu di hari esok @ akan datang.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang hari tidak kira siang ataupun malam.

Wednesday, March 28, 2012

Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

Banyak penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:
1. Memastikan makanan daripada sumber halal.
2. Membersihkan tangan.
3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.
6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.
7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.
Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah.
1. Mulakan dengan bismillah dan doa.
2. Makan dengan tangan kanan.
3. Mengunyah dengan baik.
4. Jangan dicaci sebarang makanan.
5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.
6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
7. Jangan makan secara berlebihan.
8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.
Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan.
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.




Read More: http://www.mamat.my/2012/03/adab-sebelum-ketika-dan-selepas-makan.html#ixzz1qS3CIYwk

Puasa jalan capai taqwa




Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183).

Jika kita mahu merenung iaitu mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa? Mengapa Allah SWT tidak memilih solat sebagai tiang agama untuk mencapai taqwa, tidak pula melalui zakat, haji dan lain-lain. Bermakna puasa itu adalah ibadah yang sangat istimewa.
Maka benarlah kalau Allah SWT sendiri menyebutkan menerusi hadis qudsi yang bermaksud: “Semua amal anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali ibadah puasa. Maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (dilakukan kerana Aku), maka Akulah yang akan membalas/menilainya” (HR. Muslim, Ahmad dan An-Nasa’i). Maksudnya, kalau lain-lain ibadah, rata-rata manusia sudah dapat mengukur/menilainya sendiri. Tetapi ibadah puasa yang semata-mata dilakukan kerana Allah SWT., maka jangankan orang lain, pelaksana puasa itu sendiri tidak mampu membuat penilaian tentang nilai tambahnya. Yang tahu hanya Allah, kerana Dialah yang memberi ganjarannya.
Memang, puasa itu adalah ibadah yang unik lagi mengagumkan. Cubalah kita bayangkan, terdapat banyak ibadah lain seperti solat, berzakat dan sebagainya, di mana ada yang boleh dipercepat, diperpendek atau bisa diperlambatkan. Tetapi khusus bagi ibadah puasa di mana puasa akan tetap saja masanya iaitu sejak fajar hingga terbenam matahari (maghrib); biarpun penderitaan lapar dan dahaga sangat dirasai, rasa mengantuk sudah menguasai mata, telinga dan indera-indera yang lain.
Puasa yang dapat melahirkan nilai-nilai positif dan pahala yang tinggi di sisi Allah ialah puasa yang dilakukan dengan sempurna dan penuh penghayatan. Sebab itu puasa sebenar yang diperintahkan Allah SWT itu bukanlah sekadar menahan diri dari tidak makan, minum dan bersama isteri di siang hari, kerana orang bukan Islam pun boleh berbuat demikian.
Bagi mendapatkan pahala puasa yang sempurna, pelaksana puasa perlu berusaha untuk berada di tingkat puasa khususul khusus (maha khusus/paling sempurna), di mana pelaksana puasa ini bukan hanya mampu melepasi tingkat puasa awam iaitu menahan diri dari tidak makan, minum dan bersama isteri di siang hari, dapat pula melepasi tingkat puasa khusus iaitu ditambah dengan kemampuan memelihara pancaindera dan semua anggota dari berbuat yang keji seperti mata tidak memandang yang haram, mulut tidakmengumpat dan sebagainya, juga dapat naik ke tingkat paling khusus iaitu ditambah dengan kemampuan memelihara hati nurani dari sifat/perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT seperti sombong, hasad dengki, dendam dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith bermaksud: “Bukanlah puasa namanya hanya sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi puasa yang sebenar ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang sia-sia dan bercakap kotor (keji). Sekiranya ada orang memaki hamun kamu atau memperbodohkan kamu, maka katakana padanya, ‘sesungguhnya, aku ini berpuasa, sesungguhnya aku ini berpuasa’”(HR. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim).
Orang yang benar-benar berpuasa kerana taqwa, tidak akan mengeluh lantaran lapar dahaga, tidak mengeluh lantaran kepanasan matahari yang membakar dunia. Orang yang menganggap puasa itu sebagai keperluan, akan timbul kesedihan yang amat sangat apabila suatu hari ia tidak berkesempatan melaksanakannya. Sebaliknya orang yang dilandasi rasa terpaksa untuk berpuasa, siksaan tersebut amat berat dirasakannya.
Puasa, memang bukan sekadar tidak makan dan minum, tetapi lebih jauh dari itu, adalah bulan menata atau membersih diri untuk kembali kepada fitrah. Puasa merupakan ibadah yang memakan waktu paling lama berbanding pelaksanaan empat rukun Islam yang lain. Sebulan penuh Allah hendak mendidik manusia menerusi puasa bagi membentuk keperibadian. Tempoh masa tersebut dirasakan cukup. Maka hendaknya puasa tersebut dikerjakan dengan sempurna, kemudian, jiwa yang dibentuk atau di didik oleh Ramadhan, hendaknya dapat dipertahankan sepanjang tahun.
Semasa berpuasa, seorang mukmin hendaklah menjauhi segala sifat tercela yang memang tidak pantas atau tidak wajar dilakukan sewaktu sedang mengadakan taqarrub
kepada Allah SWT. Orang yang tidak mampu menjauhi sifat dusta, malah kerap pula melakukannya, juga segala perlakuan keji yang lain, maka Allah SWT tidak akan mempedulikan puasanya, sedangkan ia telah bersusah payah meninggalkan makan dan minum.(Maksud hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
Menjauhi dari apa jua sifat keji, kemudian berlaku baik dan sopan di samping berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain, adalah merupakan ciri-ciri pelaksanaan ibadah puasa yang benar. Semasa berpuasa, tidak seharusnya menjadikan seseorang itu mudah emosi. Sesuatu yang menghairankan apabila kadar kemarahan seseorang bertambah tinggi di bulan Ramadhan, sedangkan ia sedang berada dalam bulan yang disuruh memperbanyakkan kesabaran dan menahan diri.
Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan mulia, maka hendaknya benar-benar dimuliakan. Janganlah hendaknya Ramadhan yang agung dan suci itu dinodai dengan pelbagai macam perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Artikel :Drs. Wan Aminurrashid W. Abd. Hamid








Read More: http://www.mamat.my/2012/03/puasa-jalan-capai-taqwa.html#ixzz1qS1dGBhY

ADAB BERWUDUK

Adab-adab Berwuduk
Adab-adab Berwuduk


1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t."Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki).
7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat."Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata: "Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi berkata: "Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan".






















Read More: http://www.mamat.my/2012/03/adab-adab-berwuduk.html#ixzz1qS00JZpM

HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DALAM ISLAM.

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.





Oleh yang demikian,perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-


1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal,jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.


2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.


3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu.Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya,atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.


4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh.kerana ia menukar ciptaan asal Allah.




HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM


Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-


1. MAKRUH : Ia adalah pandangan Mazhab Maliki,Abu Hanifah,sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali,Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)


b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin,kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)


c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam,nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)


d) Dalil aqal,ia dikira suatu penipuan.


2. HARAM : Ia adalah pandangan Mahzab Syafie.Dikecualikan kiranya utk jihad.Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


3. HARUS TANPA MAKRUH : Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)


b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)


Suka disebutkan disini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini,demi meringkaskan tulisan ini.


KESIMPULAN HUKUM :


Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain,maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda.Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan.Ia dilarang oleh Islam.


b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak,seperti perang bagi menakutkan musuh,ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.









Read More: http://www.mamat.my/2012/03/hukum-mewarnakan-rambut-dalam-islam.html#ixzz1qRyII3Gj

Petua untuk khusyuk dalam solat




1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Ranking: 5







Read More: http://www.mamat.my/2012/03/petua-untuk-khusyuk-dalam-solat.html#ixzz1qRx1zDKZ

Tempat-tempat syaitan berkumpul

Tempat-tempat syaitan berkumpul

Berikut adalah tempat-tempat yang banyak dikunjungi syaitan, di antaranya:
1. TEMPAT ISTIREHAT UNTA
Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW: "Solatlah kalian di tempat peristirahatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirahatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan." [HR Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirahatan unta. Yang benar bahawa penyebab (dilarangnya solat) di kamar mandi, tempat peristirahatan unta dan yang semisalnya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.
2. TANDAS & BILIK MANDI
Dari Zaid bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri (oleh para syaitan, pen), maka jika salah seorang dari kalian hendak masuk kamar mandi, ucapkanlah "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan." [Ahmad (4/373), Ibnu Majah (296), Ibnu Hibban ( 1406), Al Hakim (1/187)]
adalah syaitan laki-laki dan adalah syaitan perempuan. Demikian banyak orang yang terkena gangguan jin adalah di tandas-tandas.
3. LEMBAH-LEMBAH
Sesungguhnya jin dan syaitan mengunjungi lembah-lembah dan tidak di pergunungan. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa" (19/33): "Lembah-lembah adalah tempatnya kaum jin kerana sesungguhnya mereka lebih banyak ditemukan di lembah-lembah daripada di dataran tinggi."
4. TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH / KOTORAN
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa" (19/41): "(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan."
5. KAWASAN PERKUBURAN
Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat, pen) kecuali perkuburan dan kamar mandi." [HR Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251)]
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin: "Pada perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan sebagaimana perkuburan juga menjadi tempat mangkalnya para syaitan (Lihat ucapan beliau sebelumnya). Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu bolak balik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”
6. TEMPAT YANG TELAH ROSAK & KOSONG
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam "Al Adab Al Mufrad" (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW, berkata kepadaku: "Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di kuburan."
Hadis ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam "Majmu Fatawa" (19/40-41) ketika berbicara tentang jin: "Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemukan di tempat yang telah rosak dan kosong."
7. LAUTAN
Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” [HR Muslim (2813)]
Dan juga datang dari hadis Abu Musa r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadis ini sahih. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa lautan yang dimaksudkan ialah samudera "Al-Haadi" kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.
8. CELAH-CELAH BUKIT
Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Janganlah salah seorang diantara kalian kencing di lubang…"
Mereka berkata kepada Qatadah: "Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?" Dia berkata: "Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin". Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab "Jami' At Tahshiil.)
Hadis ini disahihkan oleh Al-Walid Al-Allamah Al-Wadi'i dalam "Ash Shahih Al Musnad Mimma Laisa fii Ash Shahihain" (579).
9. TEMPAT-TEMPAT KESYIRIKAN, BID'AH DAN MAKSIAT
Para syaitan mengunjungi setiap tempat yang di dalamnya manusia melakukan kesyirikan, bid'ah dan kemaksiatan. Tidaklah dilakukan kebid'ahan dan penyembahan kepada selain Allah SWT, kecuali syaitan melakukan kejahatan yang cukup besar di dalamnya dan memesongkan para pelakunya.
10. RUMAH-RUMAH YANG DIDALAMNYA MAKSIAT BERLELUASA
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar." [HR Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu 'anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).
Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentara-tentara Allah SWT yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudaratan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah SWT, ibadah serta membaca Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah." (HR. Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).
11. PASAR-PASAR
Telah datang dari Salman r.a., berkata: "Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya." [HR Muslim (2451)]
Ucapan ini memiliki hukum marfu (disandarkan kepada Rasulullah SAW, pen). Yang dimaksud dengan dalam kata " adalah tempat peperangan para syaitan dan mereka menjadikan pasar sebagai tempat perang tersebut kerana dia mengalahkan majoriti penghuninya disebabkan kerana mereka lalai dari zikrullah dan gemar melakukan kemaksiatan.
Dan ucapannya " (dan dengannya dipasang benderanya), untuk menunjukkan perbuatan syaitan untuk melaga-lagakan sesama manusia. Oleh kerana itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar." [HR Muslim (671)]
Demikianlah syaitan-syaitan berkumpul di tempat-tempat yang di dalamnya banyak berlakunya perbuatan maksiat dan kemungkaran.
12. JALAN-JALAN / LORONG-LORONG
Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika telah datang malam, maka cegahlah anak-anak kalian untuk keluar kerana sesungguhnya jin itu berkeliaran dan melakukan penculikan. Matikan lampu di saat tidur kerana sesungguhnya binatang fasik itu kadang-kadang menarik sumbu lampu sehingga membakar penghuni rumah tersebut." [HR Bukhari (3303) dan Muslim (2012)]
Wallahua’lam.




Read More: http://www.mamat.my/2012/03/tempat-tempat-syaitan-berkumpul.html#ixzz1qRvAON2N

Adab Mendengar azan






Orang yang mengumandangkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan harus dilakukan oleh seorang saja untuk semua kariah, dan tidak boleh dilakukan berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilakukan atau dilafazkan dalam bahasa Arab.
Azan dikumandangkan ketika masuk waktu shalat, kecuali shalat subuh. Subuh mempunyai dua Azan dimana azan pertama dikumandangkan sebelum masuk waktunya yaitu selepas separuh malam untuk memberitahu kaum Muslimin bahwa waktu subuh hampir tiba. Azan kedua dikumandangkan waktu subuh.
Orang yang mengumandangkan azan (muazin) mesti suci dari hadas kecil,besar dan najis. Hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Disunahkan dilafadzkan oleh muazin yang baik dan merdu suaranya, Azan hendaklah dinyaringkan walau hanya didengar oleh satu orang. Jika tidak menggunakan pengeras suara, azan hendaklah dikumandangkan ditempat yang tinggi. Azan juga disunahkan dilakukan sambil berdirih kecuali jika ada uzur.
Ketika muazin mengumandangkan “hayya 'alassalah” muazin hendaklah menghadap wajah dan dadanya kesebelah kanan, dan ketika mengumandangkan “hayya alalfalah” menghadapkan muka dan dadanya kesebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji' sewaktu azan yaitu menyebut dua kalimah secara pelan sebelum dinyaringkan.
Muazin juga disunahkan memasukan dua anak jarinya kedalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. Muazin tidak boleh berbicara ketika mengumandangkan azan.


Adab mendengarkan Azan
Orang yang mendengarkan azan dilarang berkata-kata apapun selama azan dikumandangkan. Diriwayatkan sebuah hadist yang artinya : “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan keluhkan lidahnya ketika maut menghampirinya”.
Menyahutnya dengan secara perlahan-lahan dengan lafadz yang diucapkan oleh muazin kecuali pada lafadz “ hayya alassalah dan hayya alalfalah” kedua duanya dijawab dengan “la haula wala quwata illa billah” (tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah).
Selesai azan, muazin dan yang mendengarkan hendaklah berdo'a : “ Allahumma Rabba hazihidda'wah tammah wassalah til qa'imah ati Muhammadinil wasilata wal fadilah wab athhu maqamah mahmuda nillazi wa adtah ( Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan shalat yang sedang didirikan , berikanlah kepada Nabi Muhammad karunia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah engkau janjikan untuknya) “ Riwayat Bukhari.


Sebagai seorang yang beriman kita wajib menghormati azan. Jika pada lagu kebangsaan diajarkan berdiri tegak dan berdiam diri, mengapa ketika azan kita tidak bisa mendiamkan diri ? Barang siapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan keluhkan lidahnya ketika nazak.
Tentu saja kita takut dengan keluhnya lidah sewaktu ajal hampir sampai karena jelas tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah Muhammadarrasulullah” yang mana barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah dengan kekuasaan-Nya menjanjikan surga. Karena itu marilah kita sama sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak keluh ketika nyawa kita sedang dicabut.


Subhanallah......

Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya
yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. “Ini jelas menunjukkan, kita disarankan
agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang .
Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya
ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba
maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa
nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami
dengan
kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
“Lailahaillallah. .” semasa sakaratulmaut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbal a’lamin..


Read More: http://www.mamat.my/2012/03/adab-mendengar-azan.html#ixzz1qRsIQ2ye


Sumber: http://id.shvoong.com/society-and-news/spirituality/2196106-adab-muazin-dan-yang-mendengarkan/#ixzz1qRsyRIjI

15 Azab Bagi Yang Meninggalkan Sembahyang Fardhu


15 AZAB ALLAH YANG MENUNGGU BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG FARDHU

6 AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)
1. Allah menghapuskan tanda-tanda orang yang soleh dari wajahnya
2. Allah akan menyempitkan rezekinya
3. Allah akan mengurangkan keberkatan atas umurnya
4. Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan dikurniakan pahala
5. Doanya tidak akan dimakbulkan
6. Tiada doa dari para solehin untuknya

3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1. Kematiannya penuh dengan kehinaan
2. Kematiannya dalam keadaan sangat lapar dan dahaga
3. Keluar rohnya dari jasad tanpa iman

3 AZAB KETIKA DI DALAM KUBUR
1. Allah akan menyiksanya berterusan sehingga ke hari kiamat
2. Akan dihimpitkan serapat-rapatnya liang kubur sehingga bertemu rusuk kiri dan kanannya
3. Dinyalakan api di dalam kuburnya khas untuk membakarnya

3 AZAB BERTEMU ALLAH
1. Allah tidak memandangnya dengan pandangan belas kasihan
2. Tiada rahmat serta keampunan daripada Allah untuknya
3. Malaikat akan menyeretkannya ke neraka dengan penuh kekasaran


~~~Sumber: Kitab Tabirulkhofilin~~~
Disediakan oleh: Biro Dakwah Masjid An-Nur


























Read More: http://www.mamat.my/2012/03/15-azab-bagi-yang-meninggalkan.html#ixzz1qRrNChIb

Tidak haram isteri tanggung belanja rumah







BENARKAH rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.

Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama. Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.

Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak. Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.

ZAINAL
Perak

ISLAM menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapatan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.

Artikel : Dr Abdul Salam
metro online

Ranking: 5














Read More: http://www.mamat.my/2012/03/tidak-haram-isteri-tanggung-belanja.html#ixzz1qRpieGsJ

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Masuk Rumah Anda

 

Sedikit perkongsian untuk dijadikan panduan dan iktibar...

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menimpan gambar yang mencerca para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang sering syirik kepada Allah seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok dan penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba/interest.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang dilaknat Allah, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang/rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran (berhias berlebihan).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.



Read More: mamat

Cara Cara Mandi Wajib | Mengikut Sunah Rasullullah


Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki