Thursday, March 8, 2012

7 Sikap Perlu Diamalkan Untuk Elak Pergaduhan

Walaupun baru melayari alam rumah tangga, tetapi Shukri dan Mila sering bergaduh. Ada kalanya, perkara remeh juga mampu membuatkan keduanya berselisih pendapat. Dalam hal ini, Shukri sering beralah demi untuk memastikan rumah tangga yang baru di bina berkekalan. Namun ada kalanya kesabaranya teruji dengan sikap kebudak-budakan Mila. Sebelum berkahwin, sikap Mila tidak bergitu dan kedua-duanya saling menyayangi.  Sebelum apa-apa berlaku, Shukri perlu berbuat sesuatu agar tidak berlaku yang tidak diingini dalam perhubungan mereka. Shukri masih menyayangi Mila dan dia dapat merasakan sikap Mila boleh diubah jika kena caranya.

Hubungan ruman tangga ini diibaratkan seperti bahtera dan nakhoda yang saling memerlukan antara satu sama lain. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh mencetuskan pertengkaran, lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru berkahwin. Anda berdua boleh mengenal pasti pekara yang boleh membawa dalam menjaga kehormatan rumah tangga yang dibina.




1. Dengar Pendapat Pasangan
Anda perlu jadikan diri sebagai pendengar yang baik. Jangan melatah setiap kali berlaku perkara yang tidak diingini. Cuba dengar dan selidiki apa sebenarnya yang berlaku. Jika berlaku apa-apa masalah, dengar apa yang mahu diluahkan dan setidak-tidaknya ia masih boleh dibawa berbincang. Setiap perkara boleh diselesaikan jika dibawa berbincang. Perbincangan perlu dibuat dalam keadaan tenang dan selesa tanpa gangguan sesiapa.

2. Jangan Tinggikan suara
Setiap kali ingin mengutarakan pandangan, pastikan anda tidak menggunakan nada kasar dan tinggi. Ada antara pasangan yang tidak gemar pasangan bercakap kasar yang boleh menyebabkan dirinya rasa sensetif. Jika sebelum ini anda bersikap demikian, anda boleh mengubah sikap sedikit demi sedikit. Satu lagi diingatkan supaya tidak cuba untuk memperli pasangan jika tidak senang dengan sebarang perlakuannya. Ini bagi mengelakkan atau memburukan keadaan.

3. Terima Pasangan Seadanya
Sebelum berkahwin, anda sudah mengenali sikap sebenar pasangan dan tidak ada masalah untuk mengekalkan perhubungan. Jika sikapnya tidak menyenangkan seperti pemalas, pengotor atau kuat mengongkong, anda boleh cuba mengubahkan dengan memberi nasihat dan kesedaran. Mungkin boleh beri pengajaran padanya dengan meninggalkan seketika supaya dia dapat berfikir betapa pentingnya anda disampingnya. Jika kita menerima pasangan seadaanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa setiap kali berada dengannya.

4. Jangan Babitkan orang lain
Jangan sesekali libatkan adik-beradik anda, ibu bapa atau keluarga pasangan dalam urusan rumah tangga anda terutama jika ada masaalah. Dalam rumah tangga ada, hanya anda dan pasangan sahaja yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda. Kehadiran orang luar ini ada kalanya boleh menjadikan keadaaan lebih buruk dan pertengkaran demi pertengkaran pastinya tidak dapat dielakkan.

5. Sentiasa Kekal Dengan Keputusan Bersama
Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama-sama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

6. Sentiasa Menjadi Pemaaf dan melupakan
Tidak salah jika ada anda menjadi seorang yang pemaaf dan cuba melupakan apa yang berlaku. Daripada setia masa bergaduh menyebabkan ada rasa tidak selesa untuk berdampingan dengannya. Jika kedua-duanya ada perasaan ini, pastinya tidak berlaku pergaduhan dalam ruma tangga yang dibina

7. Guna Khidmat kaunseling
Tidak salah jika anda pergi mendapatkan khidmat kaunseling sekiranaya mempunyai masalah dalam rumah tangga. Mungkin dengan khidmat yang diberikan akan dapat meredakan ketegangan yang berlaku dalam rumah tangga anda. Namun khidmat kaunseling ini adalah jalan terakhir jika anda berdua sudah tidak boleh berbincang lagi. Jika anda masih  sayangkan rumah tangga yang dibina, cara ini boleh dilakukan ataupun meminta pandangan mereka yang lebih tua dan berpengalaman seperti ibu bapa, kawan rapat atau adik beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berada ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka.

sumber~ MAJALAH KELUARGA, OKTOBER 2011



No comments:

Post a Comment