Thursday, March 15, 2012

PANDUAN PILIHAN CINCIN SEPADAN JARI.

Memilih cincin umpama memilih baju. Jika baju mesti sepadan badan, cincin pula sesuai tangan. Berikut panduan memilih cincin sesuai  dengan bentuk jari dan tangan.




Jari pendek
Jika anda berjari pendek, sama ada bertangan besar atau kecil, berlian bentuk tegak seperit pir atau bujur, cantik untuk anda. Jika ingin lebih menonjol, bentuk marquise yang tirus pada kedua-dua hujung, menghasilkan kesan dramatik pada tangan.

Jari pendek, berbuku jari besar
Untuk jari jenis ini, cincin bentuk breakaway bertatah berlian buat pada satu bahagian dan disebelahnya dihiasi gulungan emas, melindungi bahagian tangan yang besar.
Jika memilih cincin berbingkai kecil, elok bertatahkan berlian bentuk pir dan bujur memanjang, jari tambah cantik dan runcing.

Tangan kecik dan kurus
Perempuan bertangan begini sesuai memakai apa saja bentuk berlian. Berlian berbentuk hati terutamanya memberi sentukan romantik pada tangan.

Jari panjang, nipis dan berseni
Hanya dari jenis ini boleh disesuaikan dengan cincin potongan zamrud. Cincin berbingkai lebar diserikan sebutir berlian aneka bentuk menampilkan gaya anggun dan klasik pada jari panjang.
Perlu diingat, tangan kecil dan pendek mesti dielakkan daripada memakai cincin ikatan lebar kerana tangan anda tampak lebih lebar dan pendek.

Tangan besar dan berkuku panjang
Jika tangan anda jenis ini, elok memilih cincin yang sepadan dengan ukuran jari. Bertahtahkanpermata bentuk geometrik besar dan bulat, bentuk pir atau hati, mencantikkan tangan anda.





sumber~ MAJALAH JELITA, DIS 1996

No comments:

Post a Comment