Friday, March 9, 2012

Masalah Keputihan Wanita – Punca Dan Cara Rawatan



Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

Cara Pertama
1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.



PEYEBAB KEPUTIHAN




Kebersihan organ intim harus dijaga dengan baik. Apabila tidak terawat dengan baik tentunya akan menimbulkan masalah keputihan.
Keputihan abnormal tentu amat mengganggu kehidupan seksual wanita.
Pada dasarnya keputihan adalah keluarnya cecair yang berlebihan dari vagina. Kadang-kadang disertai oleh rasa gatal, terbakar di bibir vagina, atau kerap juga disertai bau busuk dan rasa sakit sewaktu bersenggama. Dalam keadaan tidak normal cairan tersebut dapat berubah menjadi kental, berwarna putih, kekuningan, keabuan sampai kehijauan.
Baunya juga berbeza-beza, dapat tanpa bau atau berbau seperti telur busuk atau hanyir seperti ikan mentah.
Perubahan dalam keseimbangan bakteri dalam vagina boleh mempengaruhi warna, bau dan juga tekstur dari keputihan.

Berikut adalah beberapa faktor penyebab perubahan keseimbangan bakteri maupun kadar (pH)  vagina:
  1. Penggunaan antibiotik maupun streoid cukup lama sehingga menyebabkan bakteri “baik” penjaga pH vagina mati.
  2. Vaginosis bakterial, merupakan gejala yang sering terjadi pada wanita hamil ataupun pada wanita yang memiliki banyak pasangan seksual.
  3. Pemakaian pil KB kerana keseimbangan hormon terpengaruh dan terjadi ketidakseimbangan pH.
  4. Kanser serviks.
  5. Klamidia, gonorea, yang merupakan infeksi seksual.
  6. Diabetes tidak terkontrol sehingga kadar gula yang tinggi menyebabkan adanya gula dalam urin dan darah.
  7. Penggunaan sabun pencuci vagina kerana mengganggu keseimbangan pH vagina.
  8. Infeksi panggul setelah pembedahan.
  9. Penyakit radang panggul.
  10. Trikomoniasis, infeksi parasit kerana hubungan seks yang tidak teratur.
  11. Atrofi vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina kerana menopause.
  12. Vaginitis, merupakan kondisi peradangan dan iritasi sekitar vagina.

Keputihan pada Wanita

Masalah keputihan adalah masalah yang sejak lama menjadi persoalan bagi kaum wanita. Tidak banyak wanita yang tahu apa itu keputihan dan kadangkala memandang remeh persoalan keputihan ini. Padahal keputihan harus diambil perhatian, kerana akibat dari keputihan amat merbahaya jika tidak dirawati.
Keputihan atau Fluor Albus merupakan suatu kondisi dimana cairan yang berlebihan keluar dari vagina. Terdapat dua jenis keputihan iaitu keputihan normal (fisiologis) dan keputihan abnormal (patologis). Keputihan yang bukan merupakan penyakit (fisiologis) terjadi pada setiap wanita. Biasanya cairan yang keluar jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Cairan keputihan ini jumlahnya hanya sedikit atau cukup banyak, terjadi sebelum dan sesudah menstruasi, pada saat terangsang secara seksual atau ketika sedang stress. Remaja juga mengalami keputihan sebelum masa pubertas, biasanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya.
Namun jika cairan yang keluar dari vagina sudah tidak jernih, berwarna putih kekuningan, keabuan sampai kehijauan, kental, berbau seperti telur busuk atau hanyir, gatal dan jumlahnya lebih banyak, besar kemungkinan keputihan tersebut sudah tidak normal. Beberapa penyebab keputihan yang tidak normal disebabkan oleh infeksi biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bahagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteri, virus dan juga parasit. Jika tidak segera ditangani infeksi ini dapat menjalar dan menimbulkan radang ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih ketika buang air kecil.

Keputihan dapat dicegah dengan cara :
  • Menjaga kebersihan genitalia, membersihkan vagina dengan air bersih yang mengalir dengan cara mengusap dari depan ke belakang.

  • Mengurakan penggunaan sabun antiseptik kerana menggangu keseimbangan pH vagina.

  • Mengganti tuala wanita 3 kali sehari.

  • Memilih pakaian dalam yang tepat, memakai seluar dalam  yang yang tidak ketat dan menyerap peluh, yang paling baik adalah memilih pakaian fabrik kapas .

  • Menghindarkan faktor risiko infeksi seperti berganti-ganti pasangan seksual, serta pemeriksaan ginekologi secara teratur.
Keputihan harus dirawat dengan segera kerana jika sudah sampai keperingkat yang bahaya boleh menyebabkan mandul dan ada juga yang menderita bertahun-tahun kerana sudah di peringkat kronik yang boleh menyebabkan kematian


sumber~ duniaherbahpa  dan .keputihan.net/

1 comment:

  1. thanks ya, isi artikelnya keren.
    bisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
    oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki wanita lucu berkualitas dan banyak pilihannya..
    Trims :)

    ReplyDelete