Sunday, March 11, 2012

Khasiat daging arnab.




Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak tahu kelebihan daging arnab dan berasa geli untuk makan. Bagi saya, trend ini sama sahaja dengan seseorang yang geli untuk makan sup ekor... disebabkan kedudukan ekor lembu yang dekat dengan tempat pengeluaran faeces nya...tetapi kalau dah rasa sekali..... pasti nak lagi. Sesiapa yang belum lagi mengetahui kebaikan kandungan nutrien di dalam daging arnab,carta di bawah mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat perbandingan di antara daging arnab dan daging-daging lain.Daging arnab memang lebih berkhasiat selain seronok menternak mereka yang gebu dan comel,anda juga dapat kebaikan kandungan nutrien di dalamnya.

Sumber : Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)






Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah. Daging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.
Daging arnab sangat sedap, ia juga mengandung pelbagai khasiat.

1. Bahagian kepala arnab yang telah dimasak boleh mengubati Demam Malaria.

2. Manakala, bahagian daging arnab pula perlu dibakar kerana berkhasiat untuk~

~melawaskan kencing
~mengubati retak batu pada kemaluan
~mengatasi perut buncit


Daging arnab juga boleh dimasak mengikut kesukaan selera makan anda seperti juga daging - daging lain. Semoga anda juga dapat menikmati keenakan daging arnab ini yang mempunyai persamaan rasa seperti daging ayam, cuma daging arnab sedikit tawar dan mencadangkan kepada anda untuk memasak daging arnab secara berkuah ataupun tumis dengan rempah yang banyak.Jika digoreng atau panggang,kemanisan daging kurang dirasai.Semoga berjaya dengan resepi anda.


No comments:

Post a Comment