Friday, March 9, 2012

Punca Sakit Jantung

DEFINISI

Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.

Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasnya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.

Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.

Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda



TERDAPAT beberapa faktor yang menyebabkan seseorang diserang
penyakit jantung. Antaranya asap rokok, tekanan perasaan, kandungan
lemak tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis

1. Asap rokok dikenalpasti penyebab utama sakit jantung.
Asap rokok ini akan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan
lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke
jantung.

2. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan
denyutan jantungnya semakin meningkat dan sekali gus menyebabkan
tekanan darahnya turut meningkat.

3. Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak
sapi, daging berlemak turut memberi kesan kepada jantung seseorang
dan membahayakan kesihatan mereka.

4. Senaman penting menguatkan jantung sekali gus mampu membaiki
pengaliran darah ke jantung.

5. Darah tinggi akan menggalakkan berlakunya penyempitan saluran
darah, malah keadaan ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih
kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih
tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan sakit jantung.

6. Pesakit kencing manis mempunyai peluang yang lebih tinggi
mendapat serangan penyakit jantung

Antara langkah mengatasi masalah penyakit jantung termasuk berusaha berhenti merokok, melakukan aktiviti bersenam, mendapat rehat yang
cukup dan berjumpa doktor untuk memperolehi maklumat dan nasihat kesihatan mengenai penyakit jantung.

Salah satu penyebab penyakit jantung adalah kadar kolesterol darah yang tinggi. Pengumpulan kolesterol disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan dalam menu seharian sehingga lemak tersebut disimpan
dalam tubuh.


sumber~ solehahtersenyum.

No comments:

Post a Comment