Saturday, March 10, 2012

Punca sakit kepala

Sakit kepala dialami oleh semua orang dan adalah suatu perkara biasa. Sekitar 70 persen sakit kepala memang disebabkan oleh ketegangan otot. Antara faktor-faktor penyebab sakit kepala adalah.








1. Fikiran bercelaru dan tidak menentu.


2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.


3. Memakai cermin mata yang tidak sesuai dari segi power.


4. Merenung atau melihat sesuatu dengan keadaan mata yang kabur dan kelabu.


5. Menghidap migraine, kencing manis atau barah.


6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Pakaian yang ketat terutama dibahagian pinggang.



7. Memakai wangian atau bau-bauan yang berlebihan.


8. Udara Panas, menurut satu kajian menunjukan 7.5 peratus responden mengalami sakit kepala apabila kenaikan suhu panas.


9. Stress juga menyebabkan sakit kepala apabila mengalami ketegangan emosi.


10. Aksesori rambut, apabila kita mengikat rambut terlalu kuat akan menyebabkan jaringan tisu di kepala menjadi tegang dan mengundang sakit kepala. Sepi rambut dan  topi yang terlalu sempit akan menyebabkan kesan yang sama.


11. Olahraga yang berat dan kegiatan seks yang terlampau juga menyebabkan serangan sakit kepala. Kerana kegiatan ini menyebabkan  pembuluh darah di kepala dan leher bengkak dan tertekan. Sakit kepala yang disebabkan olahraga atau seks lebih mudah menyerang orang yang sering terkena migraine.


12. Postur badan yang salah juga punca sakit kepala, sehubungan itu anda hendak sentiasa dalam keadaan dan postur yang baik.


13. Keju termasuk cheddar, blue cheese, mozzarella dan parmesan membuatkan sesorang sakit kepala kerana tyramine, yang terbentuk dari protein yang sudah dipecah, yang ada dalam keju. Semakin banyak kita memakan keju jadi semakin banyak tyramine yang terkandung.


14. Red wine dan minuman keras juga mengandungi tyramine. Alkohol yang terkandung dalam minuman itu akan meningkatkan aliran darah ke otak, sehingga membuatkan kepala terasa pening.


15. Melewatkan makan siang, Perut kosong gara-gara tak sempat makan siang pada sebagian orang kerap menyebabkan sakit kepala. Selain pening, perut kosong juga membuat gula darah turun, akibatnya tubuh terasa lemas. Segeralah makan siang dengan gizi seimbang. Hindari dari mengambil makanan manis, seperti coklat untuk mengisi perut kosong. Gula dari makanan manis akan membuat gula darah melambung untuk kemudian turun lebih rendah lagi.

16.  Merokok  dan juga perokok pasif di sekitarnya  boleh menyebabkan sakit kepala. Kandungan nikotin akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit, akibatnya aliran darah ke otak berkurang.

17. Pengambil Kafein iaitu mereka yang suka meminum kopi juga boleh mengalami serangan sakit kepala ini.

Jadi amalkan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan serangan sakit kepala...





 

No comments:

Post a Comment