Thursday, March 15, 2012

PANDUAN MEMBELI-BELAH!




Dipetik daripada Majalah Jelita, keluaran Disember 1996.

Diharapkan dapat membantu dalam merancang perbelanjaan yang bijak terutama apabila SALE! sekaligus mengurangkan inflasi!

1. Buat pilihan dengan betul dan tepat walaupun mengambil masa. Jangan  ragu-ragu memilih kerana sebagai pengguna, pembeli perlu memastikan barangan yang hendak dibeli berada dalam keadaan baik.

2. Pastikan barangan yang anda beli tidak rosak, koyak dan dapat berfungsi dengan baik sebelum meninggalkan kedai. Ini untuk mengelakkan masaalah timbul jika penjual tidak mahu menerima balik barangan itu apabila dibawa untuk dipulangkan kemudianya.

3. Amalan membandingkan harga daripada beberapa kedai tidak rugi kerana anda boleh membeli barangan daripada kedai yang menawarkan harga paling rendah. Benda yang sama kekadang dijual dengan harga berbeza. Ini dapat mengurangkan inflasi.

4. Membeli-belah ketika jualan murah perlu berhati-hati. Jangan sampai terbeli barangann yang sudah lapuk kerana ketika jualan murah, banyak barangan lama dijual.

5. Simpan resit bayaran. Ini boleh membantu kalau ada masaalah untuk dilaporkan kemudiannya. Ini bukan sahaja pada jualan murah tetapi bila-bila masa membeli.

6. Apabila membeli barangan makanan, pastikan tarikhnya belum lupus sekurang-kurangnya seminggu untuk barangan basah dan enam bulan untuk makanan kering. Jika membeli makanan berbungkus plastik, pastikan tidak bocor atau koyak dan tiada serangga didalamnya.

7. Elakkan menggunakan kad kredit kerana anda mungkin akan berbelanja lebih daripada perlu.

8. Pengguna boleh mengadu sekiranya perniaga tidak bertanggungjawab dan menjual barangan dengan harga terlalu mahal berbanding perniaga lain.

9.Apabila jualan murah, pastikan pusat jualan berkenaan mempamerkan sijil kelulusan daripada Kementerian Perdagangan. Ini untuk mengesahkan jualan murah itu diadakan dengan kebenaran dan tiada penipuaan.

10. Pengguna boleh buat sebarang aduan jika tidak berpuas hati dengan apa-apa pun jualan ke Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.


Selamat Berbelanja! elakkan inflasi dan tidak puas hati...

No comments:

Post a Comment