Wednesday, March 7, 2012

Mandi malam bukan penyebab paru-paru berair?

SOALAN~
Selama ini kita ingin mengetahui kaitan mandi malam dan paru2 berair…ye..banyak doc kata tak ada kaitan…semua itu infection belaka…tak pernahpuas hati dengan jawapan tuh..ada kajian yang menyatakan ada…disebabkan kondensasi di dalam alveoli…betul ke?? petua org tua mungkin ada betulnya…


JAWAPAN~
Ramai antara masyarakat kita percaya bahawa jika seseorang itu kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali! Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.Proses kondensasi yang disebutkan saudara tidak berlaku sama sekali di dalam badan manusia kerana terdapat system imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

Bagaimana system imuniti badan bertindak?
Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan dengan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang,menyebabkan cecair dalam salur darah akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu . Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera . Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang! Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia . Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura,ianya disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.



Apa itu exudate?
Exudate merupakan cecair yang kaya dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (dalam ke sini, dibahagian alveoli) akibat proses inflamasi. Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?
Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu alveoli terisi nanah supaya udara diasingkan dan peparu menjadi pejal(consolidation)( 1 )
Patologi atau proses berlakunya pneumonia ini telah diterangkan dengan lanjut sebelum ini . Paru-paru berair atau efusi pleura ( pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia . Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada),dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut .

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?
Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura ; selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).Pleura berfungsi sebagai lubrication dan memudahkan proses pernafasan . Sebenarnya,dalam keadaan normal ,terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.
Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendifinasikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ianya sesuai dipanggil sebagai pleural effusion. Hasil perbincangan dengan panel yang lain,juga dengan doktor-doktor di Malaysia,juga kajian berterusan melalui sumber website yang dipercayai,maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion. Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.

Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.
Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as "water on the lungs."
Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura,dikenali sebagai transudate dan exudate
Lihat perbezaan di bawah.
TransudateExudate
Berwarna lebih jernih dan cairMempunyai kandungan protein yang tinggi,cecair yang pekat,mempunyai spesifik gravity yang tinggi
Punca-punca ‘transudate’ pleural effusion:
  • kegagalan jantung
  • Pulmonary embolism
  • Post open heart surgery
Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion:
  • Pneumonia
  • Kanser
  • Pulmonary embolism
  • sakit buah pinggang
  • penyakit inflamasi
Apakah symptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?
- SESAK NAFAS- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair,pesakit akan mengalami sesak nafas
- Sakit dada(disebabkan pleuritic pain)
- Batuk tanpa kahak
- Tanpa sebarang symptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?
Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotic, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya. Tetapi,jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenalpasti,maka doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage).

Kesimpulan
Setakat ini ,tiada lagi kajian yang mampu membuktikan bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan . Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi pada waktu malam sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stress setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.


sumber~ penerokamaya

No comments:

Post a Comment