Mesti ramai di antara anda yang berazam nak
kuruskan badan, kan? Tapi, untuk
menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda
perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan
usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan,
sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu
pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sediit,
ianya pasti berbaloi.
Gambar
hiasan
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui
kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti
sebelumnya.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi
mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan.
Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang
mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak
mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil
sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan
berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran
doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil
suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori
dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori
sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun
minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan
dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara
waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker
dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja
buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan
meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap
hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada
waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa.
Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di
depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih
kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau
menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti
tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali
seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap
hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10
minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan
rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam
sehari.
Semoga 10 tips
kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing
ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz1oUnzt6vG
No comments:
Post a Comment