Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili
padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai
cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya
penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"! Kalau tak da cili dalam masakan, kdg2 rasa macam sesuatu yang tak kena.. dan kurang berselera dibuatnya... betul tak?
Add caption |
Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar
pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh
menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot,
bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat
cirit-birit.
Kalau tak percaya, cuba baca...
Daun Pokok Cili Padi
Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati
luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian,
tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot,
sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal
pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih
ya.
Akar Pokok
Cili Padi
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan
darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok
cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya,
tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan
minum.
Diharapkan semoga pengisian ini memberi manfaat kepada kita semua dan Selamat Mencuba!
sumber~ petuasejagat
No comments:
Post a Comment