1- Malam Lailatul Qadar.
2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).
3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.
4- Masa di antara azan dan iqamah.
5- Beberapa saat di setiap malam.
6- Ketika azan untuk solat fardhu.
7- Ketika hujan sedang turun.
8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah.
9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.
10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik.
11- Ketika sujud dalam solat.
12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W).
13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.
14- Doa di Hari Arafah.
15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia).
16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.
17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong.
18- Doa sepanjang bulan Ramadhan.
19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’.
20- Doa ketika ditimpa musibah.
21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan.
22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya.
23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya.
24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya.
25- Doa orang yang sedang bermusafir.
26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka.
28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan).
29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya).
30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W ).
31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra.
32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta.
33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.
34- Doa ketika berada di Safa.
35- Doa ketika berada di Marwah.
36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram
sumber~ hasnulhadiahmad.com/
No comments:
Post a Comment