Pokok
peria (Momordica Charantia L) sememangnya banyak khasiat. Baik dari segi
buah, daun mahupun akarnya. Antara khasiat yang boleh anda peroleh melalui pokok
peria adalah merawat darah tinggi, penyakit kencing manis, cirit birit dan
menghilangkan gatal akibat campak.
Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya akan
kongsikan satu persatu dengan anda secara terperinci di bawah nanti
ya.
Buah Peria -
potomitan.info
1. Buah Peria
Dengan memakan mentah atau dijadikan sebagai
ulam, buah peria dikatakan mampu merawat darah tinggi dan kencing manis serta
mengubati cirit birit.
Selain itu, amalan di atas turut boleh menyembuhkan gout dan penyakit
asma.
Sebagai tambahan, ia juga bertindak sebagai
anti-radang. Jadi, ia berupaya menurunkan panas badan, menyegarkan tubuh serta
mematikan cacing.
Jikalau anda mengalami bisul dan nakkan ia
cepat masak, boleh makan ataupun sapukan saja buahnya pada mata
bisul.
2. Daun Peria
Daun
Peria
Sekiranya anda berasa gatal-gatal akibat
campak, tumbukkan beberapa helai daun peria dan sedikit kunyit hingga
lumat.
Kemudian, sapukannya pada bahagian yang gatal.
InsyaAllah rasa gatal itu akan hilang.
Selain ditumbuk, daun peria yang direbus turut
mempunyai khasiat tersendiri. Anda cuma perlukan 5 helai daun peria.
Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.
Apabila anda meminum air rebusan ini, ia boleh
mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, membantu meningkatkan selera
makan serta menambahkan air susu
ibu.
Jikalau anda nak mencantikkan rambut pun boleh.
Lumurkan saja air rebusan tadi ke kepala anda sambil mengurutnya lebih kurang
dalam 10 minit. Setelah itu, biarkan saja ia lagi beberapa minit. Kemudian,
barulah anda membilas rambut dengan air bersih.
3. Akar Peria
Andainya anda sakit mata ,
cuba rebus akar peria hingga mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan tadi
suam-suam kuku dan jiruskan saja ia pada mata yang sakit.
Buat sekurang-kurangnya sekali dalam sehari
tau.
sumber: petuasejagat
No comments:
Post a Comment