Tabiat perempuan bawa ke neraka
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di
mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum
wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun
pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke
dalam neraka:
- Kamu banyak mengutuk/menyumpah
- Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
- Banyak beristighfar
- Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh
di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.”
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang
terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun
kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad
tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang
telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika
seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,
disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata
,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari
Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak
guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara
yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan
tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis
sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak
muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali
sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan
untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat
ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda
kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta
benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan
hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan,
Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah
menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati
baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri
baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu
hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah
satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu
senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang
berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan
bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap
kita dari sekarang.
No comments:
Post a Comment