SENGGUGUT
Senggugut atau juga dikenali sebagai
‘premenstrual dysphoric disorder’ atau ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang
sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis
iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit).
Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang
melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan
pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita
terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic
dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya,
senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam
saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah
berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita
yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU?
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika
datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.
Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan
sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui
saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang
gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat
disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’.
‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal
daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap
‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta
memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan
jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’
yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit
kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi
masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada
senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada
mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan
sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar
menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan
dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit
‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak
berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami
senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal
sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua
atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak
kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti.
Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang
air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang
mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza
di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari
atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti.
kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar
atau sakit semasa berhubungan kelamin.
TAHAP SENGGUGUT
Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis.
Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut
sekunder.
SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’
adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan
senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa
kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum
berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini
menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’
yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes
tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi
yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang
tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus
menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah
kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.
Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah
memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik
serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut
membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala
ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran
‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.
SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit
organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari.
Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim
(endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik
yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang
kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah
tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang
tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan
pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS-Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. FIBROID-Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus. PELVIK-Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari. ‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’-Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
No comments:
Post a Comment