Mungkin ramai
dikalangan kita yang tidak tahu kelebihan daging arnab dan berasa geli untuk
makan. Bagi saya, trend ini sama sahaja dengan seseorang yang geli untuk makan
sup ekor... disebabkan kedudukan ekor lembu yang dekat dengan tempat pengeluaran
faeces nya...tetapi kalau dah rasa sekali..... pasti nak lagi. Sesiapa yang
belum lagi mengetahui kebaikan kandungan nutrien di dalam daging arnab,carta di
bawah mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat perbandingan di antara
daging arnab dan daging-daging lain.Daging arnab memang lebih berkhasiat selain
seronok menternak mereka yang gebu dan comel,anda juga dapat kebaikan kandungan
nutrien di dalamnya.
Sumber : Jabatan
Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)
Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan
berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan kandungan lemak
yang rendah. Daging arnab mempunyai kadar
protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat
halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih
tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging,
lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab
adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam
bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab
rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya
399mg/kg.
Daging arnab sangat sedap, ia juga mengandung pelbagai khasiat.
1. Bahagian kepala arnab yang telah dimasak boleh mengubati Demam Malaria.
2. Manakala, bahagian daging arnab pula perlu dibakar kerana berkhasiat untuk~
~melawaskan kencing
~mengubati retak batu pada kemaluan
~mengatasi perut buncit
1. Bahagian kepala arnab yang telah dimasak boleh mengubati Demam Malaria.
2. Manakala, bahagian daging arnab pula perlu dibakar kerana berkhasiat untuk~
~melawaskan kencing
~mengubati retak batu pada kemaluan
~mengatasi perut buncit
Daging arnab juga
boleh dimasak mengikut kesukaan selera makan anda seperti juga daging - daging
lain. Semoga anda juga dapat menikmati keenakan daging arnab ini yang mempunyai
persamaan rasa seperti daging ayam, cuma daging arnab sedikit tawar dan
mencadangkan kepada anda untuk memasak daging arnab secara berkuah ataupun tumis
dengan rempah yang banyak.Jika digoreng atau panggang,kemanisan daging kurang
dirasai.Semoga berjaya dengan resepi anda.
No comments:
Post a Comment