Kebanyakan kita memang tak perasan jika
menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya pada peringkat awal. Sering beranggapan
yang ia hanyalah sakit biasa saja. Ataupun memang memandang remeh akan hal
tersebut. Mungkin ada yang kata;
"Eleh, sakit sikit jer ni. Takyah lah awak risau. Kejap lagi baiklah tu."
Sebaiknya anda harus peka dengan keadaan
kesihatan tubuh sendiri. Lakukan apa yang patut sebelum sesuatu penyakit tu
melarat. Contohnya, jika nak tahu sama ada anda menghidapi sakit buah pinggang atau
tak, cuba lihat tanda-tanda di bawah ini;
1. Bengkak
Badan
Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit
pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.
2. Demam
Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda
demam beberapa kali dalam seminggu.
3.
Gatal-gatal Badan
Sekiranya seluruh badan anda mengalami
gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.
4.
Hilang Selera Makan
Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila
makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat
badan secara tiba-tiba.
5.
Kerap Buang Air Kecil
Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam.
Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.
6.
Mudah Letih
Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum
ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini
prestasi anda dah tak seperti biasa.
7.
Sakit Kepala
Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
8.
Sakit Pinggang
Sakit Pinggang
Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di
bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada
tulang.
Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan
sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.
SUMBER: petuasejagat
No comments:
Post a Comment