Disini 23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :
- Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
- Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
- Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
- Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
- Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
- Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
- Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
- Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
- Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
- Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
- Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
- Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
- Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
- Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
- Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
- Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
- Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
- Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
- Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
- Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
- Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
- Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
- Jangan biarkan suami tidur sendirian.
No comments:
Post a Comment